Wednesday, December 16, 2009

Kegunaan Sauna / INFRALIFE


Sauna selalunya berkaitan dengan kecantikan kulit tetapi sebenarnya kebaikan sauna bukan sahaja setakat itu,ia juga punya menfaat yag cukup besar untuk kesihatan tubuh.Biarpun begitu ramai yang tidak mempunyai pengetahuan tentang perkara ini.Berikut adalah beberapa kebaikan dari sudut kesihatan daripada aktiviti mandi peluh yang mungkin selalu anda lakukan.


KELUARKAN TOKSIN DARI TUBUH
Peluh yang keluar semasa berada didalam sauna bukannya sia-sia seperti yang diketahui pori-pori yang membesar dan mengeluarkan peluh itulah akan mencantikan kulit,tapi disamping itu turut keluar bersama peluh ialah toksin yang ada dalam tubuh kesannya kulit akan menjadi cerah dan bersih.

•SEMBUHKAN MASALAH KULIT
Panas ruang sauna yang biasanya antara 60 darjah Celsius akan menyebabkan pembuluh darah melebar dan tekanan darah meningkat hasilnya kulit akan menjadi sihat.Selain itu masalah kulit seperti jerawat juga boleh dirawat.Sebabnya wap panas sauna akan melembutkan jerawat sekali gus mempercepatkan proses penyembuhan.


•MENINGKATKAN METABOLISMA
Bagi kesihatan tubuh,sauna dapat membantu meningkatkan dengupan jantung antara 50 hingga 75 peratus dalam masa 20 minit.Begitu juga dengan kadar metabolisma tubuh,sauna dapat membantu meningkatkannya hingga 20 peratus.keadaan ini menyebabkan tubuh dapat membakar kolori lebih banyak dan kesannya bertahan hingga 3 jam kemudiannya


•MEMBUNUH BAKTERIA DAN VIRUS
Mandi peluh melalui sauna akan membuatkan otot-otot tubuh berehat dan membolehkannya melepaskan toksin penyebab rasa letih setelah seharian melakukan aktiviti.Aliran darah yang semakin cepat membantu proses membaiki sel otot.Selain itu proses pemanasan suhu tubuh ini juga bermanfaat untuk membunuh sel bacteria serta virus dalam tubuh dan meningkatkan kemampuan tubuh mengeluarkan racun sekali gus meningkatkan system imunisasi tubuh


•KURANGKAN STRESS
Faktor inilah yang menyebabkan ramai yang memilih aktiviti sauna bila berasa stress,biasanya setelah selesai melakukan aktiviti sauna.,fikiran akan merasa tenang.Stress dan kerisauan juga boleh dikurangkan dengan sauna hingga membuatkan fikiran lebih damai.

-PETIKAN MINGGUAN WANITA BIL 1172-

No comments:

Post a Comment