Wednesday, December 16, 2009

INFRALIFE - SAUNA YANG TERKINI



Kegunaan Sauna / INFRALIFE


Sauna selalunya berkaitan dengan kecantikan kulit tetapi sebenarnya kebaikan sauna bukan sahaja setakat itu,ia juga punya menfaat yag cukup besar untuk kesihatan tubuh.Biarpun begitu ramai yang tidak mempunyai pengetahuan tentang perkara ini.Berikut adalah beberapa kebaikan dari sudut kesihatan daripada aktiviti mandi peluh yang mungkin selalu anda lakukan.


KELUARKAN TOKSIN DARI TUBUH
Peluh yang keluar semasa berada didalam sauna bukannya sia-sia seperti yang diketahui pori-pori yang membesar dan mengeluarkan peluh itulah akan mencantikan kulit,tapi disamping itu turut keluar bersama peluh ialah toksin yang ada dalam tubuh kesannya kulit akan menjadi cerah dan bersih.

•SEMBUHKAN MASALAH KULIT
Panas ruang sauna yang biasanya antara 60 darjah Celsius akan menyebabkan pembuluh darah melebar dan tekanan darah meningkat hasilnya kulit akan menjadi sihat.Selain itu masalah kulit seperti jerawat juga boleh dirawat.Sebabnya wap panas sauna akan melembutkan jerawat sekali gus mempercepatkan proses penyembuhan.


•MENINGKATKAN METABOLISMA
Bagi kesihatan tubuh,sauna dapat membantu meningkatkan dengupan jantung antara 50 hingga 75 peratus dalam masa 20 minit.Begitu juga dengan kadar metabolisma tubuh,sauna dapat membantu meningkatkannya hingga 20 peratus.keadaan ini menyebabkan tubuh dapat membakar kolori lebih banyak dan kesannya bertahan hingga 3 jam kemudiannya


•MEMBUNUH BAKTERIA DAN VIRUS
Mandi peluh melalui sauna akan membuatkan otot-otot tubuh berehat dan membolehkannya melepaskan toksin penyebab rasa letih setelah seharian melakukan aktiviti.Aliran darah yang semakin cepat membantu proses membaiki sel otot.Selain itu proses pemanasan suhu tubuh ini juga bermanfaat untuk membunuh sel bacteria serta virus dalam tubuh dan meningkatkan kemampuan tubuh mengeluarkan racun sekali gus meningkatkan system imunisasi tubuh


•KURANGKAN STRESS
Faktor inilah yang menyebabkan ramai yang memilih aktiviti sauna bila berasa stress,biasanya setelah selesai melakukan aktiviti sauna.,fikiran akan merasa tenang.Stress dan kerisauan juga boleh dikurangkan dengan sauna hingga membuatkan fikiran lebih damai.

-PETIKAN MINGGUAN WANITA BIL 1172-

Apakah FIR atau Far Infrared (Sinar Infra Merah Jauh)


Cahaya matahari merupakan sumber tenaga bag semua kehidupan dibumi.Cahaya matahari 80% merupakan sinar infra merah.Panjang gelombangnya 4-1000 mikrometer.Sinar infra merah menghasilkan panas dan panas tersebut dapat diserap dan dimanfaatkan kembali.Kajian biologi mendapati bahawa gelombang infrared antara 5.6um-15um boleh memberi faedah terapi yang terbaik kepada badan manusia.

Fir sauna atau Far Infrared sauna ialah sauna kering (dry).Ia merupakan kaedah moden menggunakan Far Infrared untuk membakar lemak,membuang toksik badan & mengurangkan insomnia dll.Mudah dilipat dan pasang.Mudah dibawa kemana-mana.Boleh kawal masa antara 5 minit-30 minit…ikut kemampuan anda.

Manfaat sinar inframerah jauh

Inframerah menghasilkan panas yang menyebabkan pembuluh darah membesar,meningkatkan suhu kulit,memperbaiki peredaran darah dan mengurangkan tekanan jatung.
Tubuh manusia terdiri dari 70% air dan 80% dari darah adalah air.Sinar infra merah memiliki getaran yang sama dengan molekul air.Molekul tersebut akan pecah menjadi molekul tunggal yang meningkatkan arus cairan tubuh sehingga meningkatkan oksigen dalam darah.


•Mengurangkan kesakitan sendi,urat saraf
•Mencantikkan kulit
•Mengurangkan selulit dan sterss
•Mengurangkan masalah sinus,resdung dan migraine
•Meningkatkan sistem imunisasi badan.Memulihkan selsema dan demam
•Meningkatkan metabolisma (300 kalori terbakar dalam masa 30minit).Bila pengaliran mikro meningkat,


racun dapat dibuang dari tubuh melalui metabolisma.Hal ini juga akan mengurangi beban hati dan ginjal.


•Menyeimbangkan pH dalam tubuh
•Bertindak sebagai antioksida..menyingkirkan toksik badan melalui peluh
•Anti penuaaan.

Ciri-ciri Istimewa InfraLife



•Pemanas Gentian Karbon
–Halus
–Kawasan permukaan yang luas
–Kepanasan pada suhu yang rendah
–Permukaan suhu yang kecil
–Kadar pengeluaran pemanasan dan gelombang inframerah yang sekata
–Tiada bahagian sejuk yang terselindung didalam InfraLife sauna
(berbanding pemanas seramik)




•Chromotherapy
–Juga dikenali Terapi Warna
–Penggunaan warna dan cahaya untuk proses homeostasis (berfungsi dalam persekitaran dalamanya sendiri dan cenderung untuk menstabilkan keadaan)


•Chromotherapy(Terapi Warna)
–Berkesan untuk bahagian badan tertentu dan accupoints di badan
–Badan, organs,otot,sel dan saraf mempunyai tahap getaran tertentu
–Warna dan cahaya membantu menstabilkan sistem fizikal dan emosi



• Hemlock-Fir(Kelim)
–Papan padu
–Warna yang cantik
–Tiada bau yang kurang menyenangkan




• Oxygen Ionizer
–Membersihkan udara dengan menghapuskan alergi,dander,dan bau dari InfraLife
–Mencipta kuasa elektrik bagi mengeluarkan ion negative untuk menghapuskan partikel halus dalam udara
–Memastikan udara tetap bersih,suci dan segar

Ciri-ciri lain InfraLife


•Rak tuala
•Rak majalah
•Tempat letak cawan


Perbandingan antara InfraLife dan Sauna Konvensional


InfraLife (Infrared Sauna)

  • Terapi pemanasan bercahaya
  • Hawa panas hanya di bahagian badan
  • Beroperasi pada suhu yang rendah
  • Kos yang murah
  • Hanya 80-85% air keluar dari badan, selebihnya dalam bentuk kolestrol,lemak tak tepu logam berat,asid urik,sodium

Tradisional/ Konvensional Sauna

  • Menekankan terapi stim/wap
  • Udara panas memenuhi keseluruh ruang
  • Beroperasi pada suhu yang tinggi
  • Kos yang mahal
  • Menghilangkan 95-97% air dari badan melalui perpeluhan